UMW HOLDINGS’ REVENUE INCREASED BY 17.5% TO RM7.4 BILLION FOR THE FIRST NINE MONTHS OF 2021

- Financial performance in 3Q 2021 was impacted by the Full Movement Control Order.

KUALA LUMPUR, 29 November 2021 – The implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) had significantly impacted UMW Holdings Berhad’s financial performance for the third quarter ended 30 September 2021 (“3Q 2021”). Revenue declined by 24.3% to RM2,016.4 million compared with the RM2,663.3 million reported in the corresponding quarter ended 30 September 2020 (“corresponding quarter”). Consequently, the Group reported a lower profit before taxation and zakat (“PBTZ”) of RM16.5 million in 3Q 2021 compared with the RM159.5 million registered in the corresponding quarter.

Nevertheless, for the first nine months of 2021, the Group’s revenue increased by 17.5% to RM7,415.7 million compared with the RM6,312.3 million registered for the same period of 2020, primarily contributed by the Automotive and Equipment segments following the longer sales tax exemption period and the relaxation of the FMCO. In line with the higher revenue, PBTZ increased by 29.3% to RM211.8 million. The Group recorded profit attributable to shareholders (“PATAMI”) of RM28.3 million for the first nine months of 2021. The Group’s gearing, being total debt over equity, remained low at 0.35 times, with a healthy cash and cash equivalents and money market investments of RM2.7 billion at the end of September 2021.

Automotive segment
Vehicle sales in the third quarter of the year were adversely impacted by the FMCO. Consequently, the Automotive segment’s revenue declined by 25.2% to RM1,590.8 million. In line with the decline in revenue and lower share of profits from an associated company, the segment recorded a lower PBTZ of RM27.4 million compared with the RM131.6 million in the corresponding quarter. The Group is ramping up production to meet the encouraging outstanding order book and demand is expected to continue to remain strong following the extension of the sales tax exemption until 30 June 2022 as announced in Budget 2022 recently. Introduction of new models, including the hybrid electric vehicles, as well as the year-end sales promotion are expected to drive stronger sales in the final quarter of the year.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 6.4% to RM316.0 million in 3Q 2021 due to the improved demand for its products and services in both its local and overseas operations. However, the segment registered a lower PBTZ of RM24.3 million compared with the RM34.0 million reported in the corresponding quarter due to the higher losses in its Myanmar operations which has been adversely impacted by the ongoing political unrest. The Heavy Equipment sub-segment’s performance will continue to be impacted by the political situation in Myanmar. Notwithstanding this, the negative impact of Myanmar’s operation is partially mitigated by the higher gold prices as well as positive outlook for the construction sector in the other countries in which the segment operates. The Industrial Equipment sub-segment is expected to sustain its performance as it continues to focus on expanding the equipment rental business while extending recovery packages to its customers to remain competitive and relevant.

Manufacturing & Engineering segment
The Manufacturing & Engineering segment’s revenue declined by more than 50% in 3Q 2021 as all three sub-segments – Auto components, Lubricants and Aerospace – registered lower sales. As a result, the segment recorded a lower PBTZ of RM8.2 million. The prospects for the Auto components and Lubricants sub-segments are gradually improving as disruptions to the supply chain have progressively eased and businesses have started to ramp up production. In addition, the demand for the replacement equipment market will also continue to improve in line with the recovery of the automotive industry. The Aerospace sub-segment is expected to benefit from the gradual reopening of international travel and the demand for the fan cases is expected to improve from 2022 onwards.

Overall prospect
UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group expects the economic situation to remain challenging for the remainder of the year due to the Covid-19 pandemic. Nevertheless, the Group will intensify efforts to improve its resilience through operational efficiencies and effective cost management, to continue to deliver value to its shareholders. In addition, the production and demand for the Group’s products and services is improving following easing of the FMCO restrictions and the Group is hopeful of a full recovery by next year.”

Click to show Malay Version

 

 

HASIL PERNIAGAAN UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 17.5% KEPADA RM7.4 BILION BAGI SEMBILAN BULAN PERTAMA PADA TAHUN 2021

- Prestasi kewangan pada 3Q 2021 telah terkesan dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

KUALA LUMPUR, 29 November 2021 – Prestasi kewangan UMW Holdings Berhad bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (“3Q 2021”) telah terkesan dengan pelaksanaan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”). Hasil perniagaan kumpulan menurun sebanyak 24.3% kepada RM2,016.4 juta berbanding RM2,663.3 juta yang dilaporkan pada suku yang sama berakhir 30 September 2020 (“suku yang sama tahun sebelumnya”). Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (“PBTZ”) yang lebih rendah sebanyak RM16.5 juta pada suku semasa berbanding RM159.5 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, bagi sembilan bulan pertama 2021, hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 17.5% kepada RM7,415.7 juta berbanding RM6,312.3 juta yang dicatatkan untuk tempoh yang sama tahun 2020, disumbangkan oleh segmen Automotif dan Jentera berikutan tempoh pengecualian cukai jualan yang lebih lama dan kelonggaran terhadap sekatan PKPP. Selaras dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ meningkat 29.3% kepada RM211.8 juta. Kumpulan merekodkan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham (“PATAMI”) sebanyak RM28.3 juta untuk sembilan bulan pertama 2021. Gearing Kumpulan, iaitu jumlah hutang berbanding ekuiti, kekal rendah pada kadar 0.35 kali, dengan jumlah simpanan tunai yang kukuh dan setara, dan wang pelaburan pasaran sebanyak RM2.7 bilion pada akhir September 2021.

Segment Automotif
Jumlah jualan kenderaan bagi suku ketiga tahun ini telah terkesan disebabkan oleh PKPP. Hasil perniagaan bagi segmen Automotif merosot sebanyak 25.2% kepada RM1,590.8 juta. Sejajar dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu yang lebih rendah, segmen itu juga mencatatkan PBTZ yang lebih rendah iaitu sebanyak RM27.4 juta berbanding RM131.6 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Kumpulan juga sedang meningkatkan proses pengeluaran kenderaan bagi memenuhi jumlah buku pesanan tertunggak yang menggalakan. Permintaan dijangka akan terus kukuh berikutan pelanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini. Pengenalan model baru, termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid, serta promosi jualan akhir tahun dijangka dapat memacu jualan yang lebih kukuh pada suku akhir tahun ini.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 6.4% kepada RM316.0 juta pada 3Q 2021 dipengaruhi oleh peningkatan permintaan bagi produk dan perkhidmatannya bagi kedua-dua operasi tempatan dan luar negaranya. Bagaimanapun, segmen itu mencatatkan PBTZ yang lebih rendah sebanyak RM24.3 juta berbanding RM34.0 juta yang dilaporkan pada suku yang sama disebabkan oleh kerugian yang dicatatkan daripada operasi Myanmar yang telah terjejas akibat pergolakan politik yang berterusan. Prestasi subsegmen Jentera Berat akan terus dipengaruhi oleh situasi politik di Myanmar. Walaubagaimanapun, harga emas yang lebih tinggi serta prospek yang lebih positif bagi sektor pembinaan di negara lain di mana segmen itu beroperasi mengurangkan impak tersebut terhadap operasi Myanmar. Subsegmen Jentera Perindustrian dijangka dapat mengekalkan prestasi perniagaannya dengan menumpukan fokus dalam mengembangkan perniagaan penyewaan jentera serta memperluaskan pakej pemulihan kepada pelanggannya untuk kekal relevan dan berdaya saing.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan
Hasil perniagaan bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan menurun lebih daripada 50% pada 3Q 2021 disebabkan oleh ketiga-tiga subsegmen – Komponen Auto, Minyak Pelincir dan Aeroangkasa – mencatatkan jualan yang lebih rendah. Segmen tersebut mencatatkan PBTZ yang lebih rendah iaitu sebanyak RM8.2 juta. Prospek bagi subsegmen Komponen Auto dan Minyak Pelincir semakin bertambah baik memandangkan gangguan terhadap rantaian bekalan yang semakin pulih dan perniagaan telah mula meningkatkan pengeluaran. Di samping itu, permintaan bagi pasaran peralatan gantian juga akan terus bertambah baik sejajar dengan pemulihan industri automotif. Subsegmen Aeroangkasa dijangka akan terus mendapat manfaat daripada pembukaan semula perjalanan antarabangsa secara beransur-ansur dan permintaan untuk selongsong kipas dijangka pulih bermula tahun 2022.

Pencapaian keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kumpulan menjangkakan keadaan ekonomi akan kekal mencabar untuk baki tahun ini akibat daripada pandemik Covid-19. Namun begitu, Kumpulan akan meningkatkan usaha untuk mengukuhkan daya tahannya melalui kecekapan operasi dan pengurusan kos yang lebih berkesan, untuk terus memberikan nilai kepada para pemegang sahamnya. Di samping itu, pengeluaran dan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan Kumpulan bertambah baik berikutan pelonggaran sekatan PKPP dan Kumpulan mengharapkan pemulihan sepenuhnya menjelang tahun hadapan”

 

 

Click to show English Version