UMW HOLDINGS AIDS THE UNDERPRIVILIGED WITH REUSABLE FACE MASKS AND DONATION OF ESSENTIAL FOOD ITEMS IN CONJUNCTION WITH NATIONAL DAY AND MALAYSIA DAY CELEBRATIONS

KUALA LUMPUR, 28 September 2020 – UMW Holdings Bhd (“the UMW Group”) aims to encourage fellow Malaysians to soldier through these tough and challenging times arising from the Covid-19 outbreak through its “Smile On, Malaysia” campaign, which ran through social media as well as print advertisements in the mainstream media. The campaign was held in conjunction with National Day and Malaysia Day celebrations and was consistent with the former’s theme of “Malaysia Prihatin” or Malaysia Cares, and ran from 28 August to 16 September. The general public were also invited to be a part of this campaign via social media, by using filters of UMW’s Smile On, Malaysia campaign masks in their Instagram and Facebook profiles.

With the usage of face masks being made mandatory in public places, the Group recognised that the underprivileged may face financial constraints to comply with the ruling. Therefore, as part of its Smile On, Malaysia campaign, 28,000 reusable face masks are being distributed nationwide to the underprivileged. Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd distributes these masks which meet the Health Ministry's criteria to give maximum protection and were developed based on the latest World Health Organisation (WHO) guidelines to ensure effectiveness. The reusable face masks were assembled and packed for distribution by UMW employees as part of their support towards the campaign. The UMW Group also distributed 7,000 reusable face masks to its employees for their wellbeing during this pandemic.

In addition to the face mask distribution initiative, the Group took the opportunity to collect and distribute essential food items to help the underprivileged affected by the Covid-19 pandemic. The Group ran a food collection drive earlier this month at its Head Office and all of its branches throughout the nation and received an overwhelming number of donations and contributions. The campaign also served as a channel for UMW employees to contribute to the initiative. To add on to the contribution from the food collection drive, UMW Holdings allocated RM1,000 to be donated per charity home. A total of 63 charity homes throughout Malaysia, comprising of old folk’s homes, orphanages and disabled centres, benefitted from this effort.

UMW Holdings Berhad Acting President and Group CEO, Azmin Che Yusoff said, “Despite the difficulties faced during these tough and challenging times, as a responsible corporate citizen, we recognise the need to assist at-risk communities and lend a helping hand to those adversely affected by the Covid-19 outbreak.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DENGAN PENGAGIHAN PELITUP MUKA GUNA SEMULA DAN SUMBANGAN MAKANAN RUJI BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 September 2020 – UMW Holdings Bhd ("Kumpulan UMW") bermatlamat untuk mendorong rakyat Malaysia untuk terus bertahan dalam melalui masa-masa yang sukar dan mencabar, kesan dari wabak Covid-19 melalui kempen “Smile On, Malaysia”, yang telah disiarkan di media sosial dan juga media cetak konvensional. Kempen ini, yang berjalan dari 28 Ogos hingga 16 September, telah dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin atau “Malaysia Cares”. Orang awam juga dapat turut serta menjadi sebahagian daripada kempen ini melalui media sosial, dengan menggunakan filter pelitup muka kempen “UMW's Smile On, Malaysia” di profil Instagram dan Facebook mereka.

Dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam, Kumpulan menyedari bahawa golongan miskin mungkin menghadapi masalah kewangan untuk mematuhi peraturan tersebut. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada kempen Smile On, Malaysia, 28,000 pelitup muka guna semula akan diagihkan di seluruh negara kepada mereka yang kurang berkemampuan. Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd adalah pengedar pelitup muka ini, dimana ia memenuhi kriteria Kementerian Kesihatan untuk memberikan perlindungan maksimum dan dikeluarkan berdasarkan garis panduan terkini Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memastikan keberkesanannya. Pekerja UMW turut memberi sokongan terhadap kempen ini dengan membantu untuk membungkus pelitup muka guna semula yang akan diagihkan. Kumpulan UMW juga memberikan 7,000 pelitup muka guna semula kepada pekerjanya untuk keselamatan mereka semasa wabak ini.

Selain daripada inisiatif pengagihan pelitup muka, Kumpulan juga mengambil kesempatan untuk mengumpulkan dan mengagihkan barangan makanan ruji untuk membantu golongan kurang mampu yang terkesan oleh wabak Covid-19. Usaha mengumpulkan barangan makanan pada awal bulan ini di Ibu Pejabat UMW serta semua cawangan di seluruh negara memberi peluang untuk pekerja UMW memberi sumbangan. Hasil daripada inisiatif ini, sumbangan yang diterima daripada pekerja UMW adalah amat memberangsangkan. Sebagai tambahan daripada hasil sumbangan usaha pengumpulan makanan tersebut, UMW Holdings turut memperuntukkan RM1,000 untuk disalurkan kepada setiap rumah kebajikan, Sebanyak 63 rumah kebajikan di seluruh Malaysia, yang terdiri daripada rumah orang tua, rumah anak yatim dan pusat orang kurang upaya yang mendapat manfaat daripada usaha ini.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, "Walaupun dengan keadaan yang mencabar sekarang ini, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kita akan melakukan semua yang terdaya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang berisiko dan memberi bantuan kepada keluarga yang terjejas secara langsung oleh wabak Covid-19 dalam keadaan yang mencabar ini."

 

 

Click to show English Version