UMW HOLDINGS’ NET PROFIT SURGED TO RM110.3 MILLION IN 3Q19 HIGHEST IN THE LAST FOUR QUARTERS; PAYS 4.0 SEN SPECIAL DIVIDEND

KUALA LUMPUR, 28 November 2019 – UMW Holdings Berhad registered consolidated net profit attributable to shareholders of the Company of RM110.3 million for the third quarter ended 30 September 2019, its highest in the last four quarters. The result was supported by stable revenue and profit before taxation (PBT) from the Manufacturing & Engineering (M&E) segment. The Automotive and Equipment segments, however, registered lower revenue and PBT due to sluggish demand in the current quarter. UMW Holdings Berhad’s revenue from Continuing Operations decreased by 12.4% year-on-year to RM2,882.7 million and PBT from Continuing Operations contracted by 15.2% to RM150.3 million.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “Despite the continued challenging economic and operating environment, the Group continues to deliver healthy and encouraging results. We are implementing strategic and innovative initiatives across the Group through our transformation agenda which have seen promising results so far in delivering greater value to our shareholders. The Group is also actively implementing cost optimisation initiatives to improve our business performance and operational productivity.”

Badrul further quipped, “The Automotive segment will focus on introducing new, appealing and value-for-money models to remain competitive in the Malaysian automotive industry, supported by our new automotive assembly plant in Bukit Raja. Expansion of products and rental business are expected to drive the performance of the Industrial Equipment sub-segment, while Heavy Equipment business may benefit from the recent revival of some infrastructure projects in Malaysia. Meanwhile, the outlook for the M&E segment remains upbeat as we continue to ramp-up production and delivery of fan cases to Rolls-Royce, whilst demand for auto components products and lubricants is expected to be sustainable over the long term.”

The Automotive segment’s revenue of RM2,296.9 million was 13.1% lower than the RM2,643.4 million registered in the corresponding quarter. Goods & Services Tax (GST)-free period in Malaysia from 1 June 2018 to 31 August 2018 contributed to the enhanced vehicle sales and revenue for the segment in the corresponding period. Notwithstanding an increase in share of profit from an associated company, PBT reduced by 7.4% to RM140.1 million compared to the RM151.3 million reported in the corresponding quarter.

Moving forward, the automotive business will continue its aggressive marketing and promotions campaigns for the remainder of the year. The recent launch of an all-new model in the third quarter of 2019 as well as enhancements added to current product offerings are expected to contribute positively to the automotive segment’s sales performance in the coming quarters. Meanwhile, performance of an associated company is expected to remain strong for the rest of this year.

In the third quarter of 2019, the Equipment segment’s revenue declined by 12.3% to RM353.7 million as both Heavy and Industrial business sub-segments reported lower revenue following sluggish demand. Subsequently, PBT narrowed to RM30.8 million. The Equipment segment’s outlook remains challenging as demand in the construction, manufacturing, mining and logging sectors are likely to be sluggish for the rest of the year. However, revival of some major infrastructure projects in Malaysia, improving demand in Singapore and Papua New Guinea, and expansion of product line-up in Vietnam are anticipated to minimise the downward pressures on the segment’s performance.

The M&E segment’s revenue of RM252.4 million was marginally lower than the RM253.6 million reported in the corresponding quarter. Correspondingly, PBT of RM15.4 million was comparable to the RM15.5 million recorded in the corresponding quarter. Demand for auto components and lubricants products is expected to be stable over the near term. A steady growth in the Aerospace business, on the back of planned production and delivery of fan cases is expected to underpin the segment’s healthy performance for the remainder of the year.

Despite the challenging business environment, the company has declared a special dividend of 4.0 sen per share in respect of the financial year ending 31 December 2019.

Badrul added, “We are optimistic that the strong performance in the last three quarters will enable us to meet our projections for the full financial year, which is a testament to the resilience of our businesses.”

“We are confident that the success of the undertaken transformation initiatives will continue to generate higher value to the shareholders and contribute positively to the Malaysian economy at large.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH KUMPULAN UMW MELONJAK KEPADA RM110.3 JUTA PADA 3Q19; TERTINGGI DI ANTARA EMPAT SUKU TERAKHIR; BAYAR DIVIDEN ISTIMEWA SEBANYAK 4.0 SEN

KUALA LUMPUR, 28 November 2019 – UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih keseluruhan yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham syarikat sebanyak RM110.3 juta untuk suku ketiga berakhir 30 September 2019, yang tertinggi di antara empat suku terakhir. Keputusan kewangan bagi suku ketiga 2019 dipengaruhi oleh pendapatan yang stabil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) dari segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E). Walau bagaimanapun, segmen Automotif dan Jentera mencatatkan hasil yang lebih rendah dan PBT berikutan permintaan yang rendah pada suku semasa. Perolehan UMW Holdings Berhad dari Operasi Berterusan menurun sebanyak 12.4% tahun ke tahun kepada RM2,882.7 juta dan PBT dari Operasi Berterusan menyusut sebanyak 15.2% kepada RM150.3 juta.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Walaupun persekitaran ekonomi dan operasi agak mencabar, Kumpulan UMW masih memberikan hasil keuntungan yang menggalakkan. Melalui agenda transformasi Kumpulan UMW, perlaksanaan inisiatif strategik dan inovatif telah menunjukkan keputusan yang menggalakkan dalam memberikan nilai yang lebih besar kepada pemegang saham kami. Inisiatif pengoptimuman kos juga dilaksanakan secara aktif untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan produktiviti operasi.

Untuk kekal berdaya saing dalam industri automotif Malaysia, tumpuan akan diberikan kepada pengenalan model baru, menarik dan bernilai, disokong oleh kilang pemasangan automotif baru kami di Bukit Raja. Pengembangan produk dan perniagaan sewa dijangka meningkatkan prestasi sub-segmen Jentera Industri, sementara pembangungan beberapa projek infrastruktur di Malaysia membuka peluang untuk perniagaan Jentera Berat. Sementara itu, prospek bagi segmen M&E kekal kukuh dengan peningkatan pengeluaran dan penghantaran selongsong kipas ke Rolls-Royce, sementara permintaan untuk produk komponen auto dan pelincir dijangka dapat bertahan dalam jangka panjang. "

Perolehan segmen Automotif sebanyak RM2,296.9 juta adalah 13.1% lebih rendah daripada RM2,643.4 juta yang dicatatkan pada suku yang sama. Tempoh Bebas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia dari 1 Jun 2018 hingga 31 Ogos 2018 menyumbang kepada jualan kenderaan dan pendapatan segmen yang lebih tinggi bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Meskipun terdapat peningkatan keuntungan saham dari syarikat bersekutu, PBT berkurang sebanyak 7.4% kepada RM140.1 juta berbanding RM151.3 juta yang dilaporkan pada suku yang sama.

Untuk kekal berdaya saing bagi segmen automotif, pemasaran agresif dan promosi akan diteruskan pada suku terakhir tahun ini. Walau bagaimanapun, pelancaran model baru pada suku ketiga 2019 baru-baru ini serta tambahan kepada tawaran produk sedia ada dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi jualan segmen automotif pada suku yang akan datang. Sementara itu, prestasi syarikat bersekutu dijangka kekal kukuh untuk sepanjang tahun ini.

Pada suku ketiga 2019, perolehan segmen Jentera menyusut sebanyak 12.3% kepada RM353.7 juta manakala PBT merosot kepada RM30.8 juta oleh kerana sub-segmen perniagaan Jentera Berat dan Perindustrian melaporkan pendapatan yang lebih rendah. Prospek bagi segmen Jentera masih mencabar disebabkan permintaan dalam sektor pembinaan, pembuatan, perlombongan dan pembalakan yang kurang sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, kebangkitan beberapa projek infrastruktur utama di Malaysia, peningkatan permintaan di Singapura dan Papua New Guinea, dan pengembangan produk di Vietnam dijangka dapat mengurangkan tekanan prestasi segmen.

Perolehan segmen M&E sebanyak RM252.4 juta adalah sedikit lebih rendah berbanding RM253.6 juta yang dilaporkan pada suku yang sama. Setakat ini, PBT sebanyak RM15.4 juta adalah setanding dengan RM15.5 juta yang dicatatkan pada suku yang sama. Permintaan bagi komponen auto dan produk pelincir dijangka stabil dalam tempoh terdekat. Pertumbuhan yang baik dalam perniagaan Aeroangkasa, perancangan pengeluaran dan penyampaian selongsong kipas dijangka akan menyokong prestasi segmen untuk tahun ini.

"Walaupun persekitaran perniagaan mencabar, Kumpulan UMW telah mengisytiharkan dividen istimewa sebanyak 4.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019

"Kami optimistik bahawa prestasi yang kukuh dalam tiga suku terakhir membolehkan kami memenuhi matlamat kami sepanjang tahun, yang merupakan bukti kepada daya tahan perniagaan kami," tambah Badrul.

"Kami yakin keberkesanan inisiatif transformasi yang dilaksanakan akan terus menjana nilai yang lebih tinggi kepada para pemegang saham dan menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan."

 

 

Click to show English Version