UMW HOLDINGS BERHAD SERAH CEK TAJAAN PGM TOUR

RAWANG, 31 Januari 2016–UMW Holdings Berhad (UMW) telah menyerahkan cek bernilai RM333,333.33 kepada Professional Golf of Malaysia (PGM) setelah berakhirnya Kejohanan Golf PGM-UMW Pro-Am di Templer Park Country Club yang menyaksikan penyertaan lebih dari 80 orang pemain golf profesional, korporat, agensi-agensi kerajaan dan wakil media.

UMW mula menaja Kejohanan Golf PGM-UMW dari tahun 2011 sebanyak RM1 juta ringgit yang dibayar secara berkala sehingga tahun 2013. Penajaan itu disambung selama tiga tahun lagi bermula dari tahun 2014 sehingga tahun ini dengan jumlah yang sama di mana UMW menyerahkan cek sebanyak RM333,333.33 setiap tahun.

Penajaan ini adalah salah satu sumbangan UMW sebagai sebuah badan korporat yang memainkan peranan mendukung aspirasi kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan. Bertitik tolak dari penajaan UMW, PGM Tour semakin berkembang dan telah melihat kemunculan beberapa bakat baru dalam arena sukan golf.

 

 

 

 

Click to show English Version