UMW HOLDINGS’ CORE BUSINESSES PROFITABLE IN Q1 2017 DESPITE CHALLENGING ECONOMIC CONDITIONS

 Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering segments continue to be profitable despite intense competition, subdued consumer demand and weak ringgit

 

Core Business Segment
Automotive
Equipment
M & E
Total
PBT (RM’mil)
87.1
39.5
3.1
129.7

 

 Group’s lower profit before tax due to higher losses in Listed Oil & Gas segment

 Oil & Gas exit will improve financial position and refocus on core businesses.

 

SHAH ALAM, 28 August 2017 – UMW Holdings Berhad’s core businesses – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering – have remained profitable in the first quarter of 2017 despite exceptionally difficult and challenging operating conditions due to heightened competition, a weak ringgit and subdued consumer demand. Only the Group’s listed and unlisted Oil & Gas segments, which are in the process of being divested, recorded losses for the quarter.

President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, said: “The Group continued to demonstrate the mettle and resilience of its core businesses to record sustained revenue and profit growth despite challenging economic and operating circumstances.” The Group’s overall financial performance proved resilient despite challenging conditions which affected all industry players. With the Group’s strategic decision to exit the O&G sector, UMW Holdings’ future prospects have been enhanced with its financial position and performance expected to improve moving forward.

Overall, the Group registered revenue of RM2,803.6 million for the first quarter of 2017, which was 27.5% higher than the corresponding quarter in 2016. Profit before tax (PBT) for the Group in the first quarter of 2017 was RM14.4 million, a decrease of 31.7% compared to PBT of RM21.1 million in the corresponding quarter, mainly due to the higher losses in its Listed Oil & Gas segment. For the first quarter of 2017, the Group’s core businesses – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering – posted a combined PBT of RM129.7 million as compared to RM128.6 million in the corresponding quarter of 2016. For the quarter, the core businesses registered revenue of RM2.7 billion, an improvement of 28.6% compared to revenue of RM2.1 billion in the corresponding quarter last year.

The Automotive segment recorded revenue of RM2,190.9 million for the first quarter of 2017, an increase of 40.8% compared to the corresponding quarter in 2016. PBT for the quarter improved by 5.2% to RM87.1 million compared to RM82.7 million in the corresponding quarter last year. With spill-over orders from year-end promotions boosting consumer sentiment, improved sales translated to higher market share for Toyota from 8.0% in the first quarter of 2016 to 11.8% in the quarter under review. As a result of the competitive local operating environment, the Equipment segment registered marginally lower revenue of RM342.4 million compared to RM358.0 million in the same quarter of 2016. PBT for the segment improved marginally to RM39.5 million from RM39.2 million in the corresponding quarter of 2016.

The Manufacturing & Engineering segment recorded revenue of RM165.9 million, an improvement of 14.1% over the same quarter in 2016. Due to the operating expenses incurred by the segment in setting up its new aerospace unit, PBT decreased to RM3.1 million for the quarter under review compared to RM6.6 million in the same quarter of 2016.

Badrul Feisal explained: “The Group’s overall performance remains robust, as demonstrated by the sustained profitability of its core businesses under challenging operating circumstances. Furthermore, the recent strategic decisions and plans the Group have made will be the springboard for our future growth.” “At the Group’s recent EGM, our shareholders gave us an overwhelming mandate to proceed with the demerger of UMW Oil & Gas Corporation Berhad. This strong vote of confidence will allow us to refocus on our core businesses, particularly in view of the attractive long-term growth prospects across these three segments.” “Moving forward, not only will the Group’s earnings and profitability stabilise, our improved financial position and flexibility will allow us to optimise resources and embark on investments in these core areas of businesses as the platform for future expansion and value creation.”

Click to show Malay Version

 

 

PERUSAHAAN UTAMA UMW HOLDINGS JANA KEUNTUNGAN PADA SUKU PERTAMA WALAUPUN KEADAAN EKONOMI MENCABAR

 Segmen Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan terus menguntungkan walaupun mendapat persaingan hebat, permintaan pengguna yang lemah dan nilai ringgit yang merosot

 

Segmen Perniagaan Teras
Automotif
Jentera
Pembuatan & Kejuruteraan
Jumlah
Keuntungan sebelum cukai (RM juta)
87.1
39.5
3.1
129.7

 

 Keuntungan sebelum cukai Kumpulan yang lebih rendah disebabkan oleh kerugian yang meningkat dalam segmen Minyak & Gas yang tersenarai

 Pelupusan perniagaan Minyak & Gas akan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan kembali fokus kepada perusahaan utama.

 

SHAH ALAM,23 Mei 2017– Perusahaan utama UMW Holdings Berhad, iaitu Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan, kekal menguntungkan pada suku pertama 2017 meskipun keadaan operasi yang amat sukar dan mencabar dalam perniagaan ini akibat daripada persaingan yang meningkat, nilai ringgit yang merosot dan permintaan pengguna yang lemah. Hanya segmen Minyak & Gas Kumpulan tersenarai dan tidak tersenarai, yang sedang dalam proses pelupusan, telah mencatat kerugian bagi suku pertama tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, berkata: “Kumpulan terus mempamerkan daya tahan perusahaan utama dalam mencapai pendapatan berterusan dan pertumbuhan keuntungan walau dalam keadaan ekonomi dan operasi yang mencabar.” Prestasi kewangan Kumpulan secara keseluruhan masih utuh dalam keadaan mencabar yang turut menjejaskan semua penggiat industri. Berikutan keputusan strategik Kumpulan untuk keluar daripada sektor Minyak & Gas, prospek masa depan UMW Holdings telah meningkat dengan kedudukan dan prestasi kewangan Kumpulan yang dijangka bertambah baik pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, Kumpulan mencatat hasil sebanyak RM2,803.6 juta bagi suku pertama tahun 2017, iaitu 27.5% lebih tinggi daripada suku yang sama pada tahun 2016. Keuntungan sebelum cukai Kumpulan pada suku pertama 2017 ialah RM14.4 juta, iaitu penurunan 31.7% berbanding dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.1 juta pada suku yang sama pada tahun 2016, disebabkan terutamanya oleh kerugian lebih tinggi dalam segmen Minyak & Gas tersenarai. Bagi suku pertama 2017, perniagaan teras Kumpulan – Automotif, Jentera serta Pembuatan & Kejuruteraan – mencatat keuntungan sebelum cukai tergabung sebanyak RM129.7 juta berbanding dengan RM128.6 juta bagi suku yang sama pada tahun 2016. Bagi suku pertama 2017, perniagaan teras mencatat hasil sebanyak RM2.7 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 28.6% berbanding dengan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Segmen Automotif mencatat hasil sebanyak RM2,190.9 juta bagi suku pertama tahun 2017, iaitu peningkatan sebanyak 40.8% berbanding dengan suku yang sama pada tahun 2016. Keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama 2017 meningkat sebanyak 5.2% kepada RM87.1 juta berbanding dengan RM82.7 juta bagi suku yang sama pada tahun sebelumnya. Lebihan tempahan daripada promosi akhir tahun telah meningkatkan jualan dan pegangan pasaran Toyota daripada 8.0% pada suku pertama 2016 kepada 11.8% pada suku ini.

Berikutan daripada persaingan hebat dalam pasaran tempatan, segmen Jentera telah mencatat hasil yang lebih rendah sebanyak RM342.43 juta berbanding dengan RM357.97 juta pada suku yang sama pada tahun 2016. Keuntungan sebelum cukai bagi segmen ini meningkat sedikit kepada RM39.55 juta daripada RM39.25 juta pada suku yang sama tahun 2016.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan mencatat hasil sedikit menurun sebanyak RM153.9 juta pada suku kedua 2017, berbanding RM157.0 juta pada suku yang sama tahun 2016. Perniagaan minyak pelincir yang terjejas oleh persaingan sengit telah mencatat hasil yang lebih rendah. Segmen in mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.6 juta, berbanding dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM10.9 juta pada suku yang sama tahun 2016. Keuntungan segmen ini dijejaskan oleh perbelanjaan pra-operasi yang ditanggung oleh perniagaan aeroangkasa. Perniagaan penyerap kejutan (KYB) kekal mapan memandangkan KYB mempunyai bahagian pasaran yang besar dalam OEM dan kedudukan kukuh dalam segmen REM terutamanya pasaran eksport. KYB mengeksport ke 38 buah negara luar.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM165.9 juta, iaitu peningkatan sebanyak 14.1% daripada suku yang sama pada 2016. Disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh segmen ini dalam penubuhan unit aeroangkasa, keuntungan sebelum cukai telah menurun kepada RM3.1 juta bagi suku yang ditinjau berbanding dengan RM6.6 juta pada suku yang sama bagi tahun 2016.

Badrul Feisal menjelaskan, “Prestasi Kumpulan secara keseluruhannya masih kukuh seperti yang ditunjukkan oleh keuntungan berterusan perusahaan utama dalam keadaan operasi yang mencabar. Keputusan strategik dan rancangan yang telah dibuat oleh Kumpulan baru-baru ini akan menjadi batu loncatan bagi pertumbuhan syarikat pada masa hadapan.” “Para pemegang saham syarikat telah memberi mandat yang besar kepada kami untuk meneruskan penyahgabungan UMW Oil & Gas Corporation Berhad semasa mesyuarat agung luar biasa Kumpulan baru-baru. Kepercayaan ini akan membolehkan kami memberi tumpuan semula kepada perusahaan utama, khususnya mengambil kira prospek pertumbuhan jangka masa panjang yang menyeluruh bagi ketiga-tiga segmen.” “Bukan sahaja hasil dan keuntungan Kumpulan akan menjadi lebih stabil pada masa hadapan, peningkatan kedudukan kewangan dan fleksibiliti akan membolehkan kami mengoptimumkan sumber dan memulakan pelaburan dalam perusahaan utama sebagai asas kukuh untuk pembangunan perniagaan pada masa akan datang.”

 

 

Click to show English Version