UMW LUBETECH OPENS NEW LUBRICANTS BLENDING PLANT, INTRODUCES NEW PACKAGING FOR GRANTT LUBRICANTS

KUALA LUMPUR, 27 November 2023 – UMW Lubetech Sdn. Bhd. (“UMW Lubetech”), an indirect wholly owned subsidiary of UMW Holdings Berhad, today officially opened its new and automated lubricants blending plant in Pulau Indah Industrial Park, Klang. The plant has a capacity to produce 60 million litres of lubricants per annum, replacing the old plant in Shah Alam which had a 35-million litre capacity.

The opening ceremony of the new lubricants plant was officiated by YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, the Menteri Besar of Selangor. Also present were senior Selangor state government officials and the Board of Directors and management of UMW Holdings Berhad.

The plant has a built-up area of 3.2 acres and sits on a piece of land measuring 6.9 acres. Construction work started in March 2022 with a total investment cost of RM67 million for the land, building and equipment. The plant is equipped with IR4.0-ready processes to enhance efficiency and competitiveness as well as accredited laboratory facilities. The warehouse at the plant is also equipped with automated racking system. The production floor has a total of 14 filling lines and commercial production commenced in April 2023. The plant has a workforce of more than 200 employees.

In line with the UMW Group’s Sustainability Roadmap, the new UMW Lubetech plant is GreenRe Gold certified. Solar panels shall be completely installed at the plant by the first quarter of 2024. It also has facilities for rainwater harvesting, electric vehicle charging, waste composting and energy efficient lighting.

UMW Lubetech produces a variety of products at the plant under its in-house brand GRANTT. GRANTT’s full range of products include Passenger Car Motor Oil (“PCMO”), Motorcycle Oil (“MCO”), Diesel Engine Oil (“DEO”), Automatic Transmission Fluid (“ATF”), agricultural oil, marine oil, greases, radiator coolant, brake fluids, bio-hydraulic lubricants and food grade grease. UMW Lubetech also does toll blending for OEM customers including Toyota, Perodua and Modenas.

In conjunction with the opening of the new facility, GRANTT Lubricants introduced attractive and improved new packaging for its products to further strengthen its brand image. This strategic move is aimed at enhancing its competitiveness as well as providing a more comprehensive and appealing selection to meet the evolving needs of consumers.

Anas Nasrun Mohd Osman, Group Director, Manufacturing & Engineering Division of UMW said, “We are excited with the opening of this new plant, which has increased our blending capacity by 71% compared with the previous plant. The new plant will allow us to increase production of all types of lubricants, penetrate the bio-lubricants market segment as well as expand our toll blending business, in line with the expected increase in demand for lubricants. We are also revitalising our export initiatives with the focus to penetrate the ASEAN markets through UMW’s establishments in Vietnam, Singapore and Myanmar.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW LUBETECH MEMBUKA KILANG PENGADUNAN MINYAK PELINCIR YANG BAHARU, MEMPERKENALKAN PEMBUNGKUSAN BAHARU UNTUK MINYAK PELINCIR GRANTT

KUALA LUMPUR, 27 November 2023 – UMW Lubetech Sdn. Bhd. (“UMW Lubetech”), anak syarikat milik penuh tidak langsung UMW Holdings Berhad, hari ini secara rasmi membuka sebuah kilang pengadunan minyak pelincir berautomatik yang baharu di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang. Kilang itu mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sebanyak 60 juta liter minyak pelincir setahun, menggantikan kilang lama di Shah Alam yang mempunyai kapasiti sebanyak 35 juta liter.

Majlis perasmian kilang pengadunan minyak pelincir baharu itu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah pegawai kanan kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Pengarah serta pengurusan UMW Holdings Berhad.

Kilang itu mempunyai keluasan binaan 3.2 ekar dan terletak di tanah berkeluasan 6.9 ekar. Kerja pembinaan bermula sejak bulan Mac 2022 dengan kos pelaburan berjumlah RM67 juta untuk tanah, bangunan dan peralatan. Kilang itu dilengkapi dengan teknologi IR4.0 untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing serta mempunyai fasiliti makmal yang bertauliah. Gudang di kilang itu juga dilengkapi dengan sistem rak automatik. Bahagian pengeluaran dalam kilang ini mempunyai sejumlah 14 barisan pengisian dan pengeluaran komersial bermula pada bulan April 2023. Kilang itu mempunyai tenaga kerja lebih daripada 200 pekerja.

Selaras dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian Kumpulan UMW, kilang UMW Lubetech baharu mendapat pensijilan GreenRe Gold. Panel solar dijangka dipasang sepenuhnya di kilang ini menjelang suku pertama 2024. Ia juga mempunyai kemudahan untuk pengumpulan air hujan, pengecasan kenderaan elektrik, pengkomposan sisa dan lampu cekap tenaga.

UMW Lubetech menghasilkan pelbagai produk di kilang ini di bawah jenamanya sendiri iaitu GRANTT. Rangkaian penuh produk GRANTT termasuk Minyak Motor Kereta Penumpang (“PCMO”), Minyak Motosikal (“MCO”), Minyak Enjin Diesel (“DEO”), Bendalir Transmisi Automatik (“ATF”), minyak pertanian, minyak marin, gris, penyejuk radiator, cecair brek, pelincir bio-hidraulik dan gris gred makanan. UMW Lubetech juga menjalankan pengadunan berbayar (toll blending) untuk pelanggan OEM termasuk Toyota, Perodua dan Modenas.

Sempena pembukaan kilang baharu itu, GRANTT Lubricants memperkenalkan pembungkusan baharu yang menarik serta dipertingkatkan untuk mengukuhkan lagi imej jenamanya. Langkah strategik ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing serta menyediakan pilihan yang lebih komprehensif dan menarik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Anas Nasrun Mohd Osman, Pengarah Kumpulan, Bahagian Pembuatan & Kejuruteraan UMW berkata, “Kami teruja dengan pembukaan kilang baharu ini, yang telah meningkatkan kapasiti pengadunan kami sebanyak 71% berbanding kilang sebelumnya. Kilang baharu ini akan membolehkan kami meningkatkan pengeluaran semua jenis minyak pelincir, menembusi segmen pasaran bio-pelincir serta mengembangkan perniagaan pengadunan berbayar kami, sejajar dengan jangkaan peningkatan permintaan bagi pelincir. Kami juga sedang menggiatkan semula inisiatif eksport kami dengan tumpuan untuk menembusi pasaran ASEAN melalui operasi perniagaan UMW di Vietnam, Singapura dan Myanmar.”

 

 

Click to show English Version